Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami ya Allah…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandangan ku…
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhan yang menguasai cinta..
Sekiranya juga dia bukan untukku..
Engkau pelihara lah dirinya..
Engkau berikan lah dia hidayah mu..
Kurniakan dia putra yang lebih baik dariku..
Untuk membimbing dia ke jalan redha mu..
Jangan lah engkau biarkan dia tersesat didunia ini ya Allah..
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Andainya dia bukan yang engkau jadikan untukku..
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buatku…
Dan terbaik juga buat dirinya..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemelihara kami…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah engkau biarkan kami bersendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Janganlah engkau juruskan kami ke arah kemaksiatan…
Maka kurniakanlah kami seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kebahgiaan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepada kami keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…
Segalanya berlaku atas kehendak mu..
Aku hanya berusaha sekadar mampu ku..
Semoga engkau makbulkan doa ini..
Rintihan hamba yang mendambakan cinta serikandi..
Yang juga mencintai Mu..
Dan bercinta kerana Mu..
Amin ya Rabbalalamin..
2 comments:
nice posting! =)
hu3 .. xlaa biase2 jerhh .
btw,thnx =)
Post a Comment